Tuesday, June 26, 2012

u s r a h

U S R A H ?


apa itu Usrah? usrah merupakan majlis ilmu yg terdiri dari beberapa individu yg memperjuangkan Islam terutamanya.usrah tidak berjaya tanpa konsepnya maka bila tidak berjaya dilaksanakan konsep usrah itu, terjadilah perjalanan yg lesu seterusnya tiadalah jua akan kesan terhadap pergerakan individu itu sendiri. namun begitu sahabat, Usrah bukan hanya majlis ilmu seperti majlis ilmu yg lain..telah dikatakan ia adalah majlis yg meningkatkan komitmen kepada pejuang Islam yg ingin memartabatkan agamanya. usrah juga digalakkan bagi menyelesaikan masalah yg berlaku dan dalam bahasa moden inggerisnya adalah seperti Brainstorming, Focus Group dll. nampak tak pentingnya usrah itu. ramai tidak sedar akan pergerakan usrah ini kerana usrah memerlukan beberapa rukun yg perlu dipenuhi bagi menjayakan sesebuah usrah itu..


revolusi usrah?huhu.. maksud Usrah adalah Keluarga. akan tetapi, manisnya usrah ini bila akrabnya silaturrahim antara sesama ahli usrah mencetuskan satu ikatan yg manis dimana akrabnya teman itu sebagai keluarga..ohh indahnyaaa =) .. manakala dari segi Istilah pula, Usrah membawa erti gerakan individu muslim yang beriman kepada Allah, dan berusaha dlm waktu yg sama membina fikrah Islam dalam sanubari, diri dan peribadi ummah..manisnya usrah jika segala kehendak usrah atau konsep serta fungsi usrah ditepati..


antara tujuan serta kemanisan usrah adalah seperti ;

mendidik hati, hubungan Quran - individu - Sunnah, iltizam, Rasu & Sahabat sbg ikutan, bertindak dan berfikir positiv, bermulazamah, peribadi muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, keikhlasan, ukhuwaah dan kasih sayag, budaya nasihat, budaya teguran, semangat Cinta agama Allah, tingkat motivasi, keimanan, komunikasi, bakat, memahami dan lain-lain lagi =)


dan RUKUN Usrah ;

1. Taaruf =)
berkenalan sesama anggota, kasih sayang, semangat cinta akan agama, memberi serta menerima.
2. Tafahum =)
saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak.
3. Takaful =)
tolong-menolong, bantu-membantu, bersungguh-sungguh, tunjang iman, intipati ukkhuwwah sejati, ziarah dsb.

terdapat beberapa Sabda & Hadis Rasulullah sollallahualaihiwasallam ;

” Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak akan membiarkannya”

” Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu”

” Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku,”

oleh itu sahabat sekalian ;


spread salam, spread smile =)









No comments:

Post a Comment