Tuesday, December 18, 2012

Saturday, October 27, 2012

kuasa dan tanggungjawab

antara kuasa dan tanggungjawab, yang mana perlu kita dahulukan??adakah kuasa terlebih dahulu?ataupun adakah tanggungjawab mendahului kuasa?

" wahai pemimpin, gunakanlah kuasa yang diberikan kepadamu untuk menggalas tanggungjawab yg telah diamanahkan agar mudah urusan akhirat mu "

oleh itu, kepada semua pemimpin walau sebesar dan sekecil mana jenis pimpinan maka perlu bagi dirimu menjalankan tugas yang diberi..semua manusia di dunia ini merupakan pemimpin, dilahirkan sebagai pemimpin walaupun hanya sebagai pemimpin di kelas semasa sekolah rendah..kuasa dan mandat diberi harus seiring dgn tanggungjawab yang dilakukan..

sedar atau tidak, walau kita tidak nampak atau tidak diberikan kuasa, kita adalah pemimpin dan semua pemimpin ada kuasa bagi pimpinan mereka dan haruslah kuasa itu digunakan untuk menjalankan tanggungjawab..

imam di masjid, merupakan pemimpin dan kuasa yg ada padanya perlulah digunakan untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi iaitu imam kepada makmumnya..walau kita tidak sedar akan kuasa, tapi yakinlah kita semua pemimpin dan punyai kuasa dan kita wajib menjalankan tanggungjawab..

kesimpulan yang mampu dilakukan disini adalah, walau siapapun diri kita ini, walau tinggi mana pun pangkat atau rendah jawatan diberi, kita merupakan pemimpin dan pemimpin punyai kuasa yang mana kuasa tersebut harus digunakan sebaiknya bagi menjalankan tanggungjawab..tanggungjawab pelajar adalah belajar..jadi wahai pelajar, belajarlah kamu kerana itu tanggungjawab bagi dirimu..akan disoal di akhirat akan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kamu..

sebar senyuman, senyum selalu, anda pemimpin, jalankan tanggungjawab diberikan kepadamu =)

spread salam, spread smile =)

Wednesday, October 10, 2012

MPP UniMAP 2012/2013

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis sesi 2012/2013

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (MPP UniMAP) sesi 2012/2013 yang telah berlangsung di Hydo Hotel, Miami Beach, Batu Feringghi, Pulau  Pinang pada tanggal 5 Oktober 2012. Majlis dihadiri oleh Naib Canselor UniMAP, Timbalan NC, Penolong NC, Ahli Lembaga Pengarah UniMAP, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai JHEPA, Staff UniMAP, Mantan MPP sesi 2010/2011 serta pelajar UniMAP.

Alhamdulillah juga kerana telah tertulis dalam takdir, saya Ahmad Mu'adz Bin Nazari telah terpilih bagi menyandang jawatan dalam Majlis Tertinggi MPP UniMAP 2012/2013 sebagai Bendahari. Sesungguhnya tidak pernah terlintas untuk mencapai tahap seperti ini namun, rezeki itu pasti dan Janji ALLAH adalah pasti. Sehubungan dengan itu, entry kali ini merangkumo liku-liku kehidupan sebelum, semasa dan selepas watikah perlantikan. Berkisar juga tentang manifesto yang dibawa. Sebenarnya memasuki alam MPP dimana calon yang terlibat adalah yang mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri, cara berfikir oleh mereka berbeza dengan mahasiswa biasa serta falsafah dan matlamat mereka jelas dan nyata. Terus terang saya katakan, saya seronok bersama mereka kerana, ini salah satu cara melahirkan generasi masa hadapan yg bakal memimpin Agama, Bangsa dan Negara.

Sebelum memilih untuk menjadi calon MPP, banyak perkara yang bermain di minda antaranya adalah untuk apa saya bertanding? Apa faedahnya? Kalah atau menang? Konstituensi mana? Namun, berkat sokongan keluarga, penyelesaian berat kepada positif serta yang paling penting Solat Sunat Tahajjud telah memberi pertunjuk yang jelas kepada Hamba Allah yang kerdil lagi hina ini. Kekuatan sokongan dan doa dari mereka yang hampir serta mengenali diri ini telah menjadikan saya tabah dan kuat untuk menghadapi segala risiko yang mungkin berlaku. Dengan ketabahan serta petunjuk diberi, alhamdulillah, telah memilih Konstituensi Umum.

p/s: Terima Kasih buat Ibu dan Ayah serta semua ahli keluarga yang tidak putus-putus berdoa dan memberi sokongan. Juga tidak lupa buat sahabat dan teman. =)

Setelah keputusan dilakukan, bermulalah kehidupan seorang insan yang banyak bezanya dari awal namun muncul bagi memangkin Niat dan Tujuan asal pembabitan. Semasa menjadi calon, semua calon dikehendaki untuk berkempen di dalam UniMAP. Berkempen bukan mudah tetapi pengalaman berkempen itu sangat indah. Merasai segala pahit getir dan sedar bahawa ini adalah risiko serta perkara yg sama dialami oleh pemimpin negara dengan stress melanda, permasalahan tiba-tiba menjelma. Walaupun begitu, suka berpegang kepada " Pengalaman tidak boleh dibeli dengan Wang, tetapi Boleh dibeli dengan Pengorbanan." Pengorbanan yang cukup hebat serta indah, di kala ini, menang atau kalah bukan lagi dalam tujuan tetapi Pengalaman menjadi yang pilihan.

 " Bersama Mencetus Maqasid, Memangkin Transformasi Mahasiswa "

p/s: Terima Kasih buat sahabat dan teman yg membantu menjayakan kempen pilihanraya. Jasamu dikenang dan tanpamu sahabat juga teman, saya tiada disini. Sayang buat Ibu dan Ayah yg sentiasa berada disisi walaupun jauh dimata namun dekat dihati ini dgn iringan doa serta sokongan. =)

Selepas tamat sesi kempen pilihanraya universiti, tibalah saat ditunggu-tunggu untuk pengunguman MPP UniMAP 2012/2013 oleh NC UniMAP. Seramai 13 orang bertanding bagi konstituensi Umum dan hanya 9 daripada 13 orang ini akan terpilih menjadi Keluarga MPP UniMAP 2012/2013.

Alhamdulillah berkat doa serta sokongan yg tidak ternilai dari Ibu, Ayah, Adik-adik, Keluarga, Sahabat dan Teman, terpilih juga dalam kalangan 9 orang Keluarga MPP. Pada saat itu, perasaan tidak mampu digambarkan hanya Allah yg Maha Mengetahui dan hanya Sujud Syukur yang ingin dilakukan. 

Bukan jawatan yang saya pandang, tetapi tanggungjawab yang saya pikul. Tujuan saya untuk menyertai sebahagian dari Keluarga MPP adalah kerana selama ini saya selalu pegang " don't ask what people gives, but ask what did you contributes to people" dan ini adalah salah satu medium utk saya kuatkan pegangan hidup saya ini. Yang keduanya adalah tertarik dgn kata-kata pemimpin dan ahli perniagaan yang berjaya di dunia iaitu " success is about sharing and giving". Anda tidak mampu berjaya jika anda tamak dan kedekut. Oleh itu, saya ingin menjadi seperti mereka, dan saya juga mahu berbakti kepada Agama, Keluarga, Bangsa dan Negara. 

Mungkin saya biasa seperti anda semua, tetapi saya ada matlamat dan tujuan yang saya ingin gapai. Jangan hina saya, jangan buang saya dari anda, jangan benci saya kerana anda semua merupakan semangat saya. Tanpa anda, siapalah saya. Sokong saya, bergerak, bekerja, berkhidmat Dengan saya. Mari sama-sama lahirkan Generasi Pemangkin Aspirasi Negara pada masa depan dan saya tidak rela negara dijajah dan tidak rela andai anda jatuh.

Terima Kasih buat Ibu, Ayah, Keluarga, Sahabat dan Teman =)

Sebar Senyuman, Senyum Selalu, Kerana Dirimu Begitu Berharga =)

Ahmad Mu'adz Bin Nazari
twitter : @muadznazari

spread salam, spread smile =)