Friday, June 22, 2012

Ayuh Mumtaz untuk Ummah wahai sahabat

Ayuh sahabat, mari sama-sama kita Mumtaz, tekadkan dlm diri jihad kerana Allah juga kebaikan buat Ummah sekalian..asyik-asyik join konsert, asyik-asyik join suka sana suka sini cuba kita sama-sama suka utk sebarkan segalanya moga usaha kita untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain..MARI =)


" ramai umat islam sekarang menderita kerana kebanyakannya tidak mempunyai matlamat yang tinggi " 

begitulah kata-kata Sheikh Hasan Ali dalam program Youth Tarbiyyah Conference yg diadakan di London..memberi peringatan kepada sahabat-sahabat Islam sekalian agar setiap seorang daripadanya ada matlamat yg tinggi yang jelas dalam apa jua perkara dilakukan.. (sumber Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan)

Sheikh Hasan Ali turut mengajar kita tiga peringkat utama dalam menuntut ilmu yang merupakan asas kunci kecemerlangan.
Muthala’ah
iaitu membuat persediaan awal yang ringkas sebelum mendengar syarahan dari pensyarah.
Mudarasah
iaitu memberi sepenuh perhatian sepanjang pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah.
Muraja’ah,
 iaitu mengulangkaji pembelajaran yang telah dipelajari.
Tony Buzan, seorang perunding pendidikan terkenal dalam bukunya, ‘Use Your Head’, turut menggariskan dua fakta berkaitan memori manusia.
"Pengulangan dalam pembelajaran yang kerap akan mempercepatkan proses perpindahan memori jangka pendek kepada memori jangka panjang."
"Ilmu yang tidak diulang dalam jangka masa yang lama mampu menjejaskan memori jangka panjang manusia."
WAHAI PEMUDA PEMUDI HARAPAN ISLAM! AYUH,  MUMTAZ UNTUK UMMAH!!

spread salam, spread smile =)



No comments:

Post a Comment