Friday, July 6, 2012

syurga cinta

mood : berjiwang sebentar bersama Kinder Bueno!!! =)

tercipta kenangan untuk kita berdua,
mekar di dalam perasaan ku,
biarkannya subur hingga ke akhirnya,
akan ku menjaga, demi cinta kita,
hanya kerna aku cinta kamu,
bahagia jiwa hanya kerna kamu,
kasih & sayang ku hanya untuk kamu,
hanya untuk kita sahaja.
>.<

"tercipta kenangan untuk kita berdua dan biarkan ia mekar "

Dear You, Awak, Kamu.....

maafkan saya ohh awak..sesungguhnya saya telah ketahui apa yang dinamakan jodoh dan saya telah sedar akan apa itu yang  dikatakan cinta..saya ingin menjadikan awak yang halal buat saya, sentiasa berada di sisi saya dalam susah dan senang, dan sentiasa menemani saya di dunia, akhirat dan insyaAllah cinta sampai syurga..

saya perlukan cinta, kasih dan sayang yang ikhlas hingga nyawa tercerai dari jasad..bukan untuk dipermainkan, bukan untuk dipersendakan, bukan untuk ditayangan, buakn untuk mengisi masa lapang, teman dikala kebosanan..dan cinta kerana Allah..

saya ada impian dan salah satu impian itu adalah ingin sehidup semati dengan awak berlandaskan cinta kita kerana Allah..tapi kali ini saya benar-benar jujur, ikhlas dan sy maksudkannya..

mungkin Cinta saya tidak seagung cinta Adam dan Hawa, tidak seagung cinta Nabi Muhammad S.A.W. kepada Siti Khadijah dan tidak sehebat zinta Zulaikha pada Nabi Yusof A.S.. tapi apa yang saya tahu, saya perlukan awak dalam hidup saya dan sudikah awak sehidup semati dengan saya diiringi cinta kita kerana Allah??

" Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu. "

" Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu. "

" Ya Rabbani, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling hatiku daripada-Mu."




P/s : persoalannya, Siapakah KAMU, YOU atau AWAK ??? =)

*mood berjiwang tamat hihi =p

spread salam, spread smile =)



No comments:

Post a Comment