Friday, August 31, 2012

PPMS

        Pembantu Pelajar Minggu Suai Kenal..yesss itu PPMS..dan saya salah seorang daripadanya..ditanya mengapa join PPMS?adakah sebab ELAUN dan JUNIOR ?ohh bukan sama sekali..niat pertama adalah untuk memperoleh pengalaman yg saya rasa sangat berguna pada masa hadapan..dan niat itu sehingga hari ini masih tetap kukuh..apa lagi dalam dunia ini yg kamu mahukan selain mengejar sejuta pengalaman..pulang ke universiti awal?bukan satu masalah..

     Pengorbanan adalah sesuatu yg perlu ada dalam kehidupan dan percayalah bahawa ia mencipta kematangan serta kesabaran dalam menempuh ranjau dugaan.kena bahan dan gelak?ohh itu sebenarnya menguji kesabaran, biarlah mulut org berkata kerna kita tahu alamai dan fahami semuanya mengapa..menyentuh soal pengalaman, sudah tentu ia tidak boleh dibeli dan diperolehi sebegitu sahaja, perlu pengorbanan..diberi peluang untuk berkhidmat, bukan selalu, kita belajar disini, terhutang budi rasanya, apalah lagi daya untuk membalas jasa tempat kita belajar?inilah salah satunya..

         Bukan mengejar populariti dan sebagainya tapi jihad kerana Allah..ini jihad dimana dapat lihat ukhuwah terjalin, sillaturrahim, ibadah kepada-Nya..subhanallah aku bersyukur kerana aku insan terpilih untuk jihad ini..antara faktor lain memilih untuk sertai PPMS ini adalah untuk menjadi lebih baik..dlm konteks lebih baik disini adalah diri saya sendiri dimana Ayah mampu untuk aktif dan cemerlang dalam pelajaran, takkan anaknya yg dibesarkan dgn penuh kasih dan sayang ini tiada dayanya utk menjadi lebih baik darinya.YES ini langkah pertama..buktikan bahawa aktif bukan penghalang kecemerlangan!!selain itu, yg kita tidak sedar bahawa aturan Allah ini indah sebenarnya bila kita dapat menjalinkan ukhuwah serta mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain..taaruf dan sebagainya..

       Dilihat juga bagaimana caranya melakukan rancangan, plan tindakan itu semua pengalaman berharga ohh..jgn sia-siakan pengalaman itu..sudah terang lagi bersuluh ia memberi pengalaman berharga..senyum selalu sahabat..dunia dan kita menuntut ilmu sepanjang hayat..menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri china..

" untuk mendapatkan PENGALAMAN, sudah tentu memerlukan PENGORBANAN "

spreadsalamspreadsmile =)

No comments:

Post a Comment